Piala Malaysia Berita

[VIDEO] JDT mara ke final Piala Malaysia 2022

Johor Darul Ta’zim mara ke final Piala Malaysia 2022 apabila menewaskan Sabah 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan itu menyaksikan JDT meraih 4-1 agregat dan akan beraksi di final buat kali ke-5 dalam sejarah selepas 2014, 2017, 2019 dan 2021.

JDT menjaringkan gol pendahuluan menerusi tandukan Bergson pada minit ke-35.

Fernando Foriesteri menambah gol kedua pada minit ke-41 namun Sabah merapatkan jurang apabila Taiki Kagayama menjaringkan gol di awal separuh masa kedua.

Namun, Sabah gagal menjaringkan sebarang gol tambahan, sebaliknya Syafiq Ahmad melengkapkan kemenangan JDT menerusi jaringan di minit-minit akhir perlawanan.

JDT dijangka bertemu Selangor atau Terengganu dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.