Liga Super Malaysia Berita

Aidil Sharin tinggalkan Kedah

Aidil Sharin akhirnya meninggalkan Kedah, selepas 4 tahun bersama kelab Liga Super itu.

Jurulatih berusia 45 tahun itu berjaya membawa Kedah muncul juara Piala FA 2019, naib juara Piala Malaysia 2019 dan dua kali naib juara Liga Super.

Victor Andrag akan terus berkhidmat sebagai pemangku ketua jurulatih (Interim) untuk baki saingan Piala Malaysia.

“Ahli Lembaga Pengarah memberi keutamaan perancangan kelab untuk musim 2023 dan mengumumkan untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini,” kata CEO Kedah, Khamal Idris Ali.

“Kedah mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya kejurulatihan beliau di masa hadapan dan percaya pengalaman kejurulatihannya cukup berharga bagi mana-mana kelab di peringkat liga domestik dan Asean.”

Kedah akan memulakan kejohanan Piala Malaysia bermula 25 atau 26 Oktober ini menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman.