Malaysia Berita

TMJ: Beri masa kepada Kim Pan-gon kuatkan skuad Harimau Malaya

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap semua pihak dapat memberi masa dan peluang kepada Kim Pan-gon untuk membentuk skuad Harimau Malaya.

Ini selepas Pan-gon akan mengendalikan skuad negara yang dijadual berlepas ke Singapura pada 22 Mac untuk menghadapi FAS Tri-Nation Series menentang Filipina pada 23 Mac, Singapura pada 26 Mac sebelum bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac.

“Dalam bola sepak ini, kita kena trust the process,” kata TMJ kepada Berita Harian.

“Saya pun masa baru ambil JDT, satu tahun saya tidak menang apa-apa, kalah sahaja, apabila seri itu rasa macam bersyukur sangat, sebab saya baru ambil JDT. Mana pernah menang.

“Jadi tidak boleh nilai seseorang jurulatih untuk satu musim, sekurang-kurangnya kena bagi dua musim. Bagi dia masa, dia tahu apa dia buat.”

Mengulas lanjut, TMJ juga berpendapat pelantikan Pan-gon sebagai satu kelainan dan menjadikan skuad kebangsaan lebih teratur.

“Saya rasa langkah positif untuk Harimau Malaya. Kali ini akan akan berbeza, sebab apabila saya lihat struktur yang dia tunjukkan kepada saya, amat positif. Lebih kurang macam struktur kita di sini (JDT).

“Sebelum ini tidak ada, tetapi kini betul-betul ada plan, ada pasukan perubatan, betul-betul pantau setiap pemain dalam negara.”