Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2020: Malaysia diundi bersama Vietnam, Indonesia

Undian Piala AFF Suzuki 2020 hari ini menyaksikan Malaysia sekali lagi diundi bersama Vietnam untuk tiga kali berturut-turut selepas edisi 2016 dan 2018.

Skuad Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Manakala juara lima kali Piala AFF, Thailand diundi dalam Kumpulan A bersama Myanmar, Filipina, Singapura dan pemenang play-off antara Brunei dan Timor Leste.

Piala AFF dijangka memulakan perlawanan pembukaan pada 5 Disember, dengan perlawanan final pada 1 Januari 2022.

Vietnam merupakan juara bertahan Piala AFF, selepas memenanginya ketika menewaskan Malaysia pada final 2018.

Malaysia mara ke final Piala AFF sebanyak empat kali dalam sejarah, bermula dengan edisi sulung pada 1996, 2010, 2014 dan 2018, dengan menjulang piala itu buat pertama kali pada 2010, dibawah kendalian K Rajagobal.