Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] KL City kejutkan Terengganu, catat 10 perlawanan tanpa kalah

KL City membuat kejutan apabila menewaskan Terengganu 1-0 di Stadium Bolasepak Cheras.

Kemenangan itu bermakna KL kini mengharungi 10 perlawanan tanpa sebarang kekalahan.

Gol tunggal KL dijaringkan oleh Paulo Josue menerusi bola muntah pada minit ke-29.

Terengganu membuat asakan tanpa henti di penghujung perlawanan untuk menyamakan kedudukan, namun keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.

KL City kini berada di tangga ke-6 dengan 30 mata selepas 20 perlawanan, beza 3 mata dengan Selangor.

Dalam pada itu, Pulau Pinang mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas PJ City.

Pulau Pinang menjaringkan dua gol di separuh masa pertama hasil jaringan Casagrande pada minit ke-4 dan Sheriddin Boboev pada hujung separuh masa kedua.

PJ merapatkan kedudukan menerusi jaringan P Rajesh pada minit ke-64 namun gagal menyamakan kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Ini bermakna Pulau Pinang kini mengumpul 37 mata, berkongsi dengan Terengganu yang tewas kepada KL City.