Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe: Pemain Harimau Malaya bermain bermati-matian untuk menang

Tan Cheng Hoe menganggap para pemain skuad Harimau Malaya sudah bermain bermati-matian untuk meraih kemenangan selepas menewaskan Thailand 1-0 semalam.

Ini meskipun pasukannya berdepan kritikan setelah kalah dua kali berturut-turut ketika menentang UAE (4-0) dan Vietnam (2-1).

“Ia tentunya satu perlawanan yang sukar untuk kami,” katanya kepada Bernama.

“Pemain berusaha bermatian bagi mengelakkan Thailand menjaringkan gol sehingga ke saat pengadil meniupkan wisel.”

Bagaimanapun, Cheng Hoe sedikit kecewa dengan beberapa peluang yang terbuka namun gagal disempurnakan pemainnya.

Di sebalik perjalanan penuh berliku sepanjang pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, Cheng Hoe percaya pemainnya mendapat pengalaman berguna, beliau mahu pasukannya bangkit untuk kelayakan Piala Asia 2023.