Liga Super Malaysia Berita

TMJ akui mahu Dion Cools sertai JDT, tetapi bukan sekarang

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui mahu mendapatkan khidmat Dion Cools di JDT sebelum ini.

Ini selepas Cools dikhabarkan akan meninggalkan Club Brugge ketika musim Liga Belgium 2019.

Bagaimanapun, beliau membuat keputusan untuk menyertai kelab Denmark, Midtjylland yang kemudian menjadi juara liga pada 2020.

“Different level. Good player,” kata TMJ menerusi akaun Instagram miliknya.

“Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama, tetapi itu terpulang kepada pemain tersebut.

“Buat masa ini beliau masih muda dan lebih baik bermain di Europe top level seberapa lama yang beliau mampu.”