Perak membuat keputusan untuk menstrukturkan semula kewangan pasukan yang akan menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak RM500,000 sebulan.
Ini selepas itu berdepan dengan krisis kewangan dan berdepan dengan masalah tunggakan gaji pemain.
Disebabkan itu, Perak membuat keputusan drastik dengan membenarkan enam pemain tonggak utama berhijrah semasa jendela perpindahan kedua
“Ini merupakan kelangsungan penstrukturan semula pengurusan dan pentadbiran yang telah bermula sejak bulan Februari 2021 dan akan berterusan untuk pasukan terus kekal berdaya saing.
“Melalui langkah-langkah penstrukturan semula ini juga Perak berjaya melakukan penjimatan kos sekitar setengah juta ringgit sebulan dan ia amat penting bagi membantu pasukan mengatasi krisis kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang.
“Kepada kesemua enam pemain yang telah meninggalkan pasukan, Perak mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah dicurahkan kalian selama ini.
“Perak berharap agar para penyokong dapat terus bersabar dan meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak pengurusan untuk melaksanakan proses dan peralihan ini.”
Kekosongan yang ditinggalkan enam pemain itu bagaimanapun akan diisi oleh muka-muka baharu.
“Seramai 9 muka baharu telah didaftarkan dan sedang menanti kelulusan dari pihak MFL bagi menyertai pasukan untuk berganding tenaga dengan pemain-pemain sedia ada bagi meneruskan perjuangan The Bos Gaurus pada baki saingan Liga Super yang bakal bermula tidak lama lagi.
“Nama-nama pemain baharu berkenaan juga akan diumumkan secara rasmi sebaik sahaja mendapat kelulusan pendaftaran daripada pihak MFL.
“Kehadiran pemain-pemain baharu ini adalah satu kenyataan yang sangat jelas daripada Perak akan keseriusannya untuk terus kekal kompetitif selain tidak mahu menghampakan semua peminat bola sepak negeri Perak.”