Liga Super Malaysia Berita

Peminat JDT bantu Stadium Sultan Ibrahim menang Stadium of the Year

Stadium milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai pemenang ‘Stadium Of The Year 2020’.

Stadium itu berada dalam kategori undian awam dan kemenangan itu berjaya dikecapi hasil usaha dari peminat JDT.

Dengan undian menerusi laman web StadiumDB.com yang berpangkalan di Poland ini, Stadium Sultan Ibrahim menerima 64,240 mata.

Jumlah mata itu jauh mengatasi tempat kedua iaitu Stadium Allegiant di Las Vegas milik Las Vegas Raiders yang meraih 23,390 mata dan Stadium Ahmad bin Ali di Qatar milik kelab Al Rayyan yang meraih 22,341 mata.

Ini adalah pengiktirafan besar buat Stadium Sultan Ibrahim, selepas baru sahaja siap dibina pada awal tahun 2020.