Luar Negara Berita

Azul Claro Numazu perkenalkan Hadi Fayyadh secara rasmi

Hadi Fayyadh Abdul Razak diperkenalkan secara rasmi sebagai salah seorang pemain kelab J3, Azul Claro Numazu.

Pemain berusia 20 tahun itu dipinjamkan oleh kelab asalnya, Fagiano Okayama bagi memberi peluang kepada Hadi mendapatkan minit permainan.

Ini bermakna, Hadi perlu menetap di Numazu, Shizuoka buat sementara waktu memandangkan kelabnya terletak lebih 500 kilometer dari Okayama.

 

Ini merupakan tahun ketiga Hadi berada di Jepun selepas dua tahun berada di Okayama.

Beliau menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi di Jepun ketika ini selepas Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim menyertai kelab J3, FC Ryukyu pada 2013.