Hasrat Luqman Hakim Shamsudin untuk beraksi dengan KV Kortrijk dalam perlawanan akan datang tidak kesampaian apabila ditimpa kecederaan hamstring.
Ini selepas wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly melaporkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan di kaki kanannya sejak Ahad lalu.
Luqman Hakim Shamsudin terpaksa direhatkan 3 minggu ekoran kecederaan hamstring dibahagian kaki kanan, dialami ketika sesi latihan pada Ahad selepas aksi menentang R.S.C Anderlecht minggu lalu.
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) October 31, 2020
Kecederaan itu dialaminya selepas beraksi buat pertama kali dengan KV Kortrijk ketika menentang Anderlecht minggu lepas.
Ini bermakna, Luqman akan terlepas sekurang-kurangnya dua perlawanan Jupiler Pro League iaitu perlawanan menentang Zulte Waregem pada Selasa ini dan K Beerschot VA pada 7 Nov.
Namun, Liga Belgium akan berehat selama dua minggu bermula 8 Nov sebelum KV Kortrijk meneruskan saingan liga menentang Club Brugge pada 22 Nov.