Liga Super Malaysia Berita

TMJ akui sentiasa ikuti perkembangan Safawi di Portugal

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui beliau sentiasa berhubung dengan Safawi Rasid yang kini menetap di Portugal.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Portimonense secara pinjaman dari JDT selama semusim.

“Kami keep in touch,” katanya dalam sidang media.

“Boleh kata setiap hari kami berhubung untuk tahu macam mana dia di sana.”

TMJ juga berhubung dengan penjaga Safawi di Portimonense.

“Saya ada berhubung dengan pemilik kelab dia, setakat ini dia dijaga dan semua dalam keadaan yang baik.

“Saya juga nak tahu macam mana layanan kepada dia, latihan yang mereka beri kepada dia.

“Saya wish him all the best, ada juga orang di sana yang tengokkan dia.”