Liga Super Malaysia Berita

JDT perkenal Luciano Figueroa Stand

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merasmikan ‘Luciano Figueroa Stand’ di Stadium Sultan Ibrahim.

Ini bagi memperingati jasa Luciano sepanjang berkhidmat di JDT.

“Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab,” titah DYAM Tunku Ismail.

Turut hadir bersama adalah Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas.

Figueroa menyertai JDT pada tahun 2014 dan kekal selama dua musim sebagai pemain, menjaringkan 43 gol dan 14 bantuan jaringan dalam 71 perlawanan.

Beliau bersara pada 2017 dan dilantik sebagai Duta Kelab JDT sebelum berkhidmat sebagai pengurus pada bulan Ogos 2018.

Bekas pemain kebangsaan Argentina ini memenangi dua kejuaraan Liga Super Malaysia (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015 sebagai pemain.

Figueroa juga berjaya memenangi dua lagi Piala Sumbangsih (2019 & 2020), Liga Super 2019 dan juga Piala Malaysia 2019 sebagai pengurus. Luaskan Kuasamu Johor.