JDT menunjukkan jurang kualiti luar biasa apabila menewaskan Perak 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
JDT langsung tidak memberikan peluang kepada Perak apabila mendahului 4-0 di separuh masa pertama.
Gonzalo Cabrera menjadi wira apabila menjaringkan hatrik.
Pasukan Harimau Selatan mendahului menerusi jaringan jarak jauh Afiq Fazail pada minit ke-21.
Cabrera menggandakan jaringan pada minit ke-35 dan jaringkan gol ketiga pada minit ke-44.
Pemain muda Ramadhan Saifullah Usman melengkapkan separuh masa pertama yang cemerlang buat JDT dengan jaringan pada minit ke-45.
Cabrera kemudian mencatatkan hatrik pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti selepas Diogo dikasari oleh Rafiuddin Roddin.
Safawi Rasid yang masuk di separuh masa kedua akhirnya kembali menjaringkan gol apabila menambah gol keenam pada minit ke-78.
Akhyar Rashid melengkapkan malam gemilang buat JDT dengan gol ketujuh pada minit ke-83.
JDT kini kekal sebagai pendahulu Liga Super dengan mengumpul 16 mata, beza enam mata dengan Terengganu.
Terengganu pula gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas 1-0 kepada Melaka.
Uche Agba menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61, sekaligus membantu Melaka berada di tangga ketiga liga.