Eropah Berita

Bayern juara Eropah kali ke-6

Impian Paris Saint-Germain untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah pertama hancur berkecai.

Namun mereka dikalahkan oleh Bayern Munich yang kini telah memenangi semua 11 perlawanan Liga Juara-Juara musim ini, satu rekod yang luar biasa dan belum pernah terjadi sebelum ini.

Ironinya, ia dijaringkan oleh Kingsley Coman, seorang pemain Perancis yang merupakan sebahagian dari akademi PSG, dan meninggalkan pasukan setelah hanya bermain 3 perlawanan. Malah, Coman adalah pemain termuda yang bermain untuk PSG pada usia 16 tahun, lapan bulan dan empat hari.

Coman jaringkan untuk Bayern

Perkara itu berlaku tatkala Qatar Sports Investments menandatangani pelbagai jenis pemain bintang dari seluruh dunia, dan mereka tidak kisah jika Kingsley Coman dilepaskan.

Namun, pemain sayap kiri ini akhirnya menghukum bekas pasukannya dengan tandukan hasil hantaran dari Joshua Kimmich. Coman tidak dijaga oleh mana-mana pemain pertahanan PSG sekaligus membolehkan tandukan Coman melepasi penjaga gol PSG, Keylor Navas. Impian PSG jugalah yang membunuh impiannya sendiri.

Coman juga menjadi pemain pertama dalam sejarah UCL yang menjaringkan gol menentang bekas kelabnya di final.

Penjaga gol PSG, Navas bermain dengan baik, sementara penjaga gol Bayern, Manuel Neuer, hebat dalam mengekang ancaman trio Neymar, Mbappe dan Di Maria.

PSG juga mempunyai peluang: Pada saat-saat penting pada babak pertama, dua kali Neur selamatkan gawang dari Neymar, serta berjaya menghalang serangan Di Maria, Mbappe dan Marquinhos.

Neymar dan Mbappe berusaha keras, tetapi tetap tidak dapat menjaringkan gol dan ini adalah kali pertama dalam 35 perlawanan UCL, PSG tidak berjaya menjaringkan gol.

Robert Lewandowski terus-terusan menjadi ancaman, namun percubaan terbaiknya sekadar terkena tiang.

Bagi Bayern, ini perubahan yang luar biasa sejak Hansi Flick mengambil alih tugas sebagai jurulatih pada akhir 2019.

Ini bermakna, Bayern berjaya memenangi Bundesliga dan DFB-Pokal, dan UCL, menjadi pasukan pertama yang tidak kalah sepanjang musim ini. Ia adalah rekod yang luar biasa. Mereka kini menyamai rekod Liverpool sebanyak enam kejuaraan dan hanya ketinggalan di belakang AC Milan (7) dan Real Madrid (13).