Liga Premier Malaysia Berita

Kelantan janji bayar tunggakan gaji minggu ini

Setiausaha Agung KAFA Husin Deraman memberi jaminan bahawa pasukan Kelantan akan membayar tunggakan gaji sebulan selewat-lewatnya pada 22 Ogos ini.

Ini selepas pasukan itu mendapat tajaan untuk tiga jersi baharu, dan dipercayai akan digunapakai oleh Kelantan dalam perlawanan bertemu UKM FC pada 22 Ogos ini.

Husin berkata, pihaknya membelanjakan RM370,000 bagi melunaskan tunggakan gaji barisan pemain dan pengurusan pasukan.

“Sebelum ini kita akui ada tungggakan gaji empat bulan bermula April sehingga sekarang dan hanya mampu memberi sedikit kepada pemain,” katanya kepada Bernama.

“Kita tidak lepas tangan dalam isu ini kerana ia merupakan punca rezeki kepada pemain namun secara realiti kami berdepan dengan masalah kewangan.”