Liga Super Malaysia Berita

Kedah mahu adakan empat perlawanan persahabatan

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin mendedahkan pasukannya sedang merancang untuk mengadakan empat perlawanan persahabatan.

Ini sebagai persiapan pasukan selepas Liga Malaysia bakal disambung pada 26 Ogos.

“Saya sudah mengemukan cadangan mengenai senarai nama pasukan yang akan kami hadapi kerana kami perlu melakukan perancang awal memandangkan semua pasukan lain juga sedang giat melakukan perancangan mereka sendiri ketika ini,” kata Aidil kepada Harian Metro.

“Bagimanapun, kami masih menunggu kelulusan daripada pihak pengurusan KFA dan berharap kelulusan serta pertimbangan segera daripada pihak pengurusan pasukan dapat melancarkan perancangan yang penting ini.”

Aidil juga berpandangan para pemainnya sudah bersedia untuk beraksi dalam perlawanan berdasarkan tahap kecergasan semasa sesi latihan.

“Kecergasan yang tinggi dan kekuatan mental daripada semua pemain sangat diperlukan, tambahan pula bagi menempuhi jadual yang padat termasuk perlawanan ke tempat jauh seperti di Kuantan dan Jengka.”