Liga Super Malaysia Berita

Seorang pemain Kedah bakal umum keluar pasukan tidak lama lagi

Seorang pemain Kedah akan mengumumkan bahawa dia akan keluar pasukan tidak lama lagi.

Pemain itu sebelum ini dilaporkan sudah menghantar surat penamatan kontrak kepada pengurusan pasukan.

Tindakan tersebut diambil mungkin disebabkan masalah kewangan yang dihadapi pasukan sehingga menyebabkan berlaku isu tunggakan gaji pemain.

Arena Metro melaporkan pemain itu enggan mendedahkan identitinya buat masa ini kerana ingin menyelesaikan isu tersebut tanpa menjejaskan imej dirinya dan pasukan.

“Saya tetap menghormati pihak KFA yang memberi kerjasama yang baik selama ini dan saya yakin KFA mampu menyelesaikan segala proses penamatan kontrak ini dengan sempurna.

“Saya berharap segala spekulasi dan tekaan penyokong tidak akan berpanjangan dan memberi persepsi yang kurang tepat kerana bukan niat saya meninggalkan pasukan kerana gaji, tetapi perkara ini saya lakukan atas kehendak peribadi,” menurut laporan akhbar tersebut.

Pemain itu juga tidak menganggap isu penamatan kontrak sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya keputusan itu dibuat dengan sewajarnya.

“Saya tidak rela dilabelkan sebagai pemain tidak setia disaat pasukan berdepan masalah tunggakan gaji, tetapi saya memohon semua pihak agar tenang dan menerima keputusan saya dengan hati yang terbuka.” katanya.