Liga Super Malaysia Berita

ACL2020 disambung bulan Ogos: JDT mungkin berlatih lebih awal

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John Paul mengesahkan saingan AFC Champions League musim 2020 mungkin akan disambung lebih awal iaitu bulan Ogos.

Ini bermakna, JDT yang bertanding dalam kejohanan itu mungkin perlu mendapatkan kebenaran daripada MKN untuk mengadakan latihan diadakan pada bulan Julai.

“Juara ACL 2020 perlu diumumkan pada tahun ini bagi menentukan wakil Asia ke Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA yang akan berlangsung di Qatar pada bulan Disember,” kata Paul kepada Arena Metro.

“Berdasarkan maklum balas daripada semua wakil dalam mesyuarat, AFC akan membentangkan format baharu dan tarikh perlawanan sebelum dihantar kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk dinilaikan.

“Kami perlu menunggu semua liga domestik bermula dahulu. AFC masih di peringkat perbincangan untuk memutuskan tarikh perlawanan sebenar.”

Setakat ini, Liga Korea Selatan satu-satunya liga yang sudah kembali beraksi di Asia, manakala Liga Super China dilaporkan akan mula beraksi hujung bulan ini.