Liga Super Malaysia Berita

K. Rajagobal pilih dua pemain Johor sebagai pemain import terbaik Liga Malaysia

Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menyenaraikan lima pemain import terbaik dalam Liga Malaysia pilihannya.

 

Tiga daripadanya merupakan pemain import dari Australian dan dua daripadanya mewakili Johor.

Abbas cukup dikenali ketika beraksi bersama pasukan Singapura dan Johor sehingga memenangi liga dan Piala Malaysia manakala Diogo beraksi dengan JDT.

Alan Davidson pula merupakan ikon Pahang pada 1990an.

Scott Ollerenshaw dikenali dengan kariernya bersama Sabah selaku penyerang berbisa.

Marlon Alex James mempunyai peminat ramai terutamanya kerana beliau merupakan antara penyerang terulung di Liga Malaysia, paling gemilang ketika meraih treble dua kali berturut-turut bersama Kedah.