Malaysia Berita

[VIDEO] Tonton perlawanan sengit antara Anwar Ibrahim dan cucunya di rumah

Perintah Kawalan Pergerakan sudah memasuki hari ke-8 dan kebanyakan masyarakat sudah mula bosan kerana hanya boleh berada dalam rumah.

Namun hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bermain bola sepak bersama cucu lelakinya di rumahnya.

Walaupun sudah berusia 72 tahun, Anwar dilihat bersemangat dan bersungguh-sungguh berebut bola dengan cucunya.

 

Nampaknya kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan serta tempoh kawalan memberikan Anwar lebih banyak masa untuk bersama keluarga.