Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Kedah dikecewakan oleh UiTM FC

Kedah berharap dapat meraih tiga mata, namun gagal melakukan demikian apabila sekadar seri 1-1 menentang UiTM FC di Shah Alam.

Kedah mendahului menerusi Kpah Sherman pada minit ke-30.

Kpah mempunyai peluang untuk menambah jaringan apabila mendapat sepakan penalti pada minit ke-60, namun tendangannya diselamatkan oleh penjaga gol UiTM.

Dengan perlawanan tinggal 10 minit sahaja lagi, UiTM berjaya menyamakan kedudukan menerusi Gustavo Almeida pada minit ke-82.

Kedah pasti kecewa apabila hanya meraih satu mata daripada tiga perlawanan setakat ini.