Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Melaka United kalah mengejut kepada Felda United

Melaka United dikejutkan dengan kekalahan 3-2 kepada Felda United di Stadium Jengka, Pahang.

Tuan rumah mendahului menerusi Nicolas Velez pada minit ke-7.

 

Khairul Amri menggandakan jaringan pada minit ke-15.

 

Velez menjaringkan gol ketiga buat Felda pada minit ke-63.

 

Dalam 10 minit terakhir, Melaka akhirnya berjaya menjaringkan gol menerusi Romel Morales.

Namun, Melaka mengejutkan tuan rumah apabila menambah gol kedua menerusi Uche Agba pada minit ke-88.

Bagaimanapun, Melaka gagal menyamakan kedudukan sehingga wisel penamat, sekaligus kalah buat kali pertama musim ini.