Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Lee Tuck selamatkan Terengganu daripada kekalahan

Terengganu mempamerkan satu lagi aksi menarik apabila berjaya mengikat Selangor 3-3 di saat-saat akhir di Kuala Terengganu.

Selangor mendahului menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-40.

Namun tiga minit kemudian, Terengganu menyamakan kedudukan menerusi Rahmat Makasuf.

Selangor kembali di depan menerusi Khyril Muhymeen pada minit ke-52.

Terengganu sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-64.

Kesilapan penjaga gol Terengganu, Ilham Amirullah membenarkan Brendan Gan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-70.

 

 Dengan perlawanan hampir tamat, Terengganu dihadiahkan sepakan penalti dan Lee Tuck menyempurnakannya dengan cemerlang, sekaligus mengikat Selangor seri 3-3.