Pemain tengah baharu, Brendan Gan menunjukkan mengapa beliau adalah pemain yang berharga untuk Selangor apabila menjaringkan gol di minit-minit terakhir perlawanan untuk menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Pahang mendahului menerusi jaringan pemain baharu Ivan Carlos pada minit 20.
20' | GOL IVAN!
Pemain baru, Ivan Carlos berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk meletakkan @officialpahang 1-0 di hadapan Selangor.#CIMBLigaSuper2020#PHGSEL#MFLLive pic.twitter.com/8Fxers9MXl
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 29, 2020
Namun Selangor hanya mengambil masa tujuh minit untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ifedayo Olusegun hasil hantaran cantik daripada Brendan Gan.
27' | GOL IFEDAYO!@FASelangorMy menyamakan kedudukan melalui jaringan Ifedayo Omosuyi.#CIMBLigaSuper2020#PHGSEL#MFLLive pic.twitter.com/2MyoPx6unh
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 29, 2020
Kedua-dua pasukan dilihat bergelut untuk menjaringkan gol sehingalah Brendan membuat kejutan apabila dia merembat masuk gol pada minit ke-89, sekaligus membantu Selangor meraih tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Liga Super musim 2020.
89' | GOL BRENDAN!
Brendan Gan mencuri tumpuan pada hujung perlawanan di Stadium Daruk Makmur selepas rembatan beliau melepasi Sharbinee Allawee.#CIMBLigaSuper2020#PHGSEL#MFLLive pic.twitter.com/mcQYhlH1dU
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 29, 2020
Dalam pada itu, Melaka United mudah menewaskan pasukan universiti, UiTM FC 2-0 di Stadium UiTM FC.
Melaka mendahului menerusi pemain import baharu Sony Norde pada minit ke-28.
Romel Morales menggandakan jaringan pada minit ke-90.