Pahang Rangers FC mengumumkan pelantikan Gerard Casas Ullastre sebagai jurulatih baharu pasukan menjelang musim Liga Futsal Kebangsaan 2020.
Menurut kenyataan rasmi, Gerard berasal dari Barcelona dan kini sedang berkhidmat sebagai penolong jurulatih di Al-Arabi Sporting Club di Kuwait.
“Pengalaman luas beliau dalam sukan futsal bakal menjadi aset penting Pahang Rangers untuk terus melangkah ke hadapan!”
Pelantikan tersebut mencerahkan peluang skuad Pantai Timur untuk mencari kejuaraan pertama liga pada musim ini selepas menamatkan saingan musim lepas selaku naib juara, dengan Selangor dinobatkan sebagai juara.
Pahang juga dikhabarkan akan membawa masuk dua pemain baharu pada musim akan datang.