Kolum Eropah

[VIDEO] Depay terlepas aksi EURO 2020

Pemain bintang tengah Olympique Lyon, Memphis Depay bakal terlepas aksi dalam Kejohanan EURO 2020 selepas mengalami kecederaan lutut (Anterior Cruciate Ligament) ketika beraksi menentang dalam saingan Ligue 1 menentang Rennes.

Kecederaan ACL ini kerap menghantui pemain bola sepak dunia. Tidak semua pemain yang mengalami kecederaan mampu untuk mengekalkan persembahan cemerlang seperti yang dipamerkan ketika bebas kecederaan.

Depay mempamerkan persembahan cemerlang pada musim ini dengan menjaringkan 14 gol dalam 17 penampilan bersama Lyon dalam semua kejohanan. Selain itu, pemain tengah Belanda itu juga turut membantu Lyon untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Lyon mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mengatakan Depay berkemungkinan besar akan diketepikan selama enam bulan. Ini juga bermakna Depay bakal terlepas aksi EURO 2020 yang akan bermula pada pertengahan bulan Jun.

Bekas pemain Manchester United ini juga cemerlang di peringkat antarabangsa dengan membantu Belanda bangkit menjadi salah satu kuasa bola sepak dunia setelah kegagalan untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.

Dalam pada itu, bekas pemain Arsenal yang kini beraksi bersama Lyon, Jeff Reine- Adelaide turut menerima nasib yang sama seperti Memphis Depay.