Malaysia Berita

Kim Swee umum 20 senarai pemain

Ketua Jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan 20 senarai penuh pemain yang akan dibawa ke Manila, Filipina bagi menghadapi saingan Kejohanan Sukan SEA 2019.

Kesemua tujuh pemain skuad senior yang telah selesai tugas akan meneruskan perjuangan bersama skuad Harimau Muda. Tujuh pemain tersebut adalah Adam Nor Azlin, Syahmi Safari, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Dominic Tan, Haziq Nadzli, dan Danial Amier.

Selain itu, tiga pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Umar Hakeem, dan Harith Haiqal antara pemain skuad B-19 negara yang dipilih untuk membawa cabaran skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Pemain pasukan B-21 Central Coast Mariners, Quentin Cheng pula antara muka baru dalam skuad Sukan SEA manakala Wan Kuzain Wan Kamal terpaksa diketepikan diatas faktor dokumentasi yang tidak sempat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Malaysia akan memulakan kempen pada hari ini menentang Myanmar. Skuad B-22 negara diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja, dan Timor Leste. Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain yang terpilih.