Pemain tengah Sepanyol, Rodri mendedahkan bahawa pengendali Manchester City, Pep Guardiola telah banyak membantunya dalam menambah pengetahuan dalam bola sepak sejak awal musim tahun ini.
‘Dia (Pep Guardiola) adalah apa yang anda lihat di kaca televisyen. Dia memiliki perlawanan kompetitif dan sentiasa mempunyai semangat untuk memberi tekanan kepada musuh utama serta cara untuk menghampakan mereka’, katanya lagi.
"Guardiola is how he shows himself in front of the cameras. He has a competitive gene."
Is Rodri learning from the best ever? 🤔 pic.twitter.com/uVR95NVaFr
— GOAL (@goal) November 13, 2019
Bekas pemain tengah Atletico Madrid itu turut melabel Pep sebagai seorang yang sangat bekerja keras dan mendedikasikan 24 jam sehari buat para pemain dalam mencari ramuan kemenangan.
Secara individu, Pep juga banyak membantu kerana sebelum ini dia beraksi di posisi yang sama seperti Rodri (tengah bertahan). ‘Dia banyak memberi nasihat bagaimana dia melihat bola sepak. Saya semakin berkembang bukan hanya dari segi taktikal tetapi juga secara individu. Saya tidak pernah sedar yang pemain tengah bertahan perlu memainkan peranan penting untuk mendorong bola ke hadapan seperti yang berlaku dalam Liga Perdana Inggeris’, tambahnya lagi.
Jelas, terdapat banyak faktor lain yang mendorong selain pengaruh jurulatih tetapi Rodri percaya pasukan Manchester City memiliki jurulatih yang terbaik buat masa ini.