Frank Lampard menegaskan Piala Carabao bukanlah keutamaan buat pasukan pada ketika ini. Terdahulu, Chelsea tumpas 2-1 keatas Manchester United awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Frank Lampard menunjukkan peningkatan yang baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini. ‘Kami menang tujuh perlawanan sebelum ini dan berjaya menumbangkan Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Ianya amat penting untuk kami layak ke peringkat seterusnya. Ada beberapa perlawanan sukar selepas ini’, katanya lagi.
Frank Lampard on the loss to United in the Carabao Cup pic.twitter.com/6v25EYocgh
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) October 31, 2019
Walaupun kedengaran seperti angkuh tetapi apa yang dinyatakan pengendali The Blues ini ada betulnya juga. Jika Chelsea betul-betul mengimpikan Piala Carabao, pasti mereka menurunkan skuad utama.
Lampard juga memuji pasukan Chelsea yang mempamerkan persembahan cemerlang dalam liga. Mereka kini menduduki tangga keempat dengan memungut 20 mata.
Disamping itu, Lampard turut menjelaskan mengenai pemilihan pemain muda pada perlawanan semalam. Dia percaya ini adalah platform terbaik untuk memberikan peluang kepada mereka membuktikan keupayaan.
‘Banyak perkara positif yang diperolehi hari ini. Jadual perlawanan juga semakin sibuk selepas ini. Kami tidak suka akan kekalahan. Sekarang kami perlu maju kehadapan dan fokus untuk perlawanan seterusnya’, bicaranya bagi mengakhiri perbualan.
Chelsea menurunkan beberapa pemain muda awal pagi tadi dan telah menyaksikan mereka tewas buat kali kedua ditangan United pada musim ini. Pemain utama seperti Cesar Azpilicueta, Mason Mount, dan Willian direhatkan pada perlawanan tersebut.