Kolum Eropah

[VIDEO] Xhaka beri penjelasan

Kapten pasukan Arsenal, Granit Xhaka akhirnya mengeluarkan kenyataan ekoran tindakannya yang menaikkan kemarahan para peminat The Gunners.

Dalam satu hantaran melalui akaun Instagram rasminya, Xhaka menjelaskan apa yang telah dilaluinya sebelum ini. Kata-kata cacian daripada para penyokong yang tidak bertanggungjawab jelas mengganggu fokus Xhaka diatas padang.

View this post on Instagram

Message to the fans;

A post shared by Granit Xhaka (@granitxhaka) on

Reaksi yang ditunjukkan pada Ahad lepas merupakan satu perkara yang jarang berlaku. Tetapi kerana sudah sampai tahap yang tertentu, manusia biasa juga tidak mampu bertahan.

Xhakat berkata,’Perkara yang terjadi ketika saya dikeluarkan sangat memberi kesan. Saya cintakan pasukan ini dan sentiasa berikan 100% di dalam dan luar padang.’

Sebelum ini, beberapa pemain seperti Hector Bellerin dan Emiliano Martinez turut memberik sokongan kepada Xhaka. 

‘Harapan saya ialah agar semua dapat kembali bersatu dan hormat antara satu sama lain serta ingat kembali mengapa kita cinta akan permainan ini. Ayuh maju ke hadapan dengan positif’, kata Xhaka kepada penyokong.

Arsenal akan menjadi tuan rumah kepada Wolverhampton Wanderers pada hujung minggu ini di Stadium Emirates. Para pemain Arsenal pasti inginkan kemenangan untuk kembali bangkit memberi saingan dalam liga.