Kolum Eropah

[VIDEO] Zlatan kembali ke La Liga

Pemain yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh, Zlatan Ibrahimovic memberi tanda-tanda untuk kembali beraksi di La Liga.

Pemain berusia 38 tahun itu pernah menyarung jersi Barcelona selama dua musim pada 2009 sehingga 2011. Zlatan Ibrahimovic bakal menamatkan kontrak bersama LA Galaxy pada Disember depan.

Ibrahimovic telah menyumbang 52 gol daripada 56 penampilan. Untuk rekod, bekas ketua pasukan Sweden ini pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (Manchester United), Serie A Itali (Juventus, Inter Milan, dan AC Milan), Ligue 1 Perancis (Paris Saint Germain), dan La Liga Sepanyol (Barcelona).

Dalam satu hantaran ‘Instagram Story’ semalam di akaun rasminya, dia telah menyatakan akan kembali ke La Liga. Namun, masih belum ada berita mengenai pasukan baru yang akan diwakilinya. 

Sepanjang berkhidmat bersama Barcelona, pemain tinggi lampai ini telah menjaringkan 22 gol dalam 46 perlawanan.