Malaysia Kolum

Lima perkara anda perlu tahu menjelang final piala malaysia 2019

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 diantara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu ini, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

Tiket perlawanan akhir akan dijual diatas talian menerus pautan (https://www.tickethotline.com.my) bermula jam tiga petang hari ini (30 Oktober). Setiap pembeli diterhadkan kepada dua keping tiket untuk setiap transaksi

Lima perkara yang anda perlu tahu adalah seperti berikut;

1.Pertembungan dua Juara

Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan Juara Liga Super 2019, manakala Kedah pula adalah Juara Piala FA 2019 bagi musim ini. Oleh itu, perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 bakal menampilkan pertembungan Juara Liga Super dan Juara Piala FA. 

2.Perebutan kasut emas

Setakat ini, pemain sayap JDT, Safawi Rasid mendahului carta penjaring terbanyak Piala Malaysia 2019 dengan jumlah jaringan sebanyak 10 gol. Ianya diikuti Dickson Nwakaeme (Pahang) dengan sembilan gol serta Fernando Rodriguez (Kedah) dengan lapan gol. Dua pemain yang pastinya mempunyai peluang untuk menerima Anugerah Kasut Emas ialah Safawi Rasid dan Fernando Rodriguez yang akan beraksi bersama pasukan masing-masing Sabtu ini.

3.Reunion 

Pemain berpengalaman, Azamuddin Akil sekali lagi akan bertemu dengan bekas pasukan, JDT di peringkat final. Sebelum ini, Azamuddin telah bertembung dengan satu lagi pasukan lamanya iaitu, Pahang pada saingan separuh akhir. Manakala, dua pemain JDT, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid pula akan kembali bertemu dengan rakan sepasukan lama mereka iaitu Kedah.

4.Misi balas dendam

Penyokong Hijau Kuning pasti ingat lagi memori luka dua tahun lepas yang menyaksikan Kedah tewas 2-0 ditangan JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia. Walaupun agak mustahil jika dibandingkan diatas kertas, tetapi peminat pasukan Helang Merah tetap optimis dan berharap Kedah mampu cipta kejutan.

5.Adik dan abang

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 turut menampilkan pertembungan dua beradik kembar iaitu Aidil Zafuan (JDT) dan Zaquan Adha (Kedah). Sepanjang 13 tahun karier mereka, ini adalah perlawanan final pertama sebagai seteru diatas padang.