Kolum Eropah

[VIDEO] Solksjaer puji gandingan Martial-Rashford

Skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer kembali mendapat rentak selepas berjaya menewaskan Norwich City 3-1 di Stadium Carrow Road pada ahad lepas.

Ini merupakan kali pertama United menjaringkan lebih daripada satu gol dalam satu perlawanan selepas mengharungi 12 perlawanan dalam semua kejohanan. Gol jaringan Scott McTominay, Marcus Rashford, dan Anthony Martial turut membawa The Red Devils naik ke tangga ketujuh liga dengan kutipan 13 mata.

Walaubagaimanapun, kegagalan Marcus Rashford dan Anthony Martial menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut sedikit membimbangkan buat United. Setakat ini, United gagal menyempurnakan empat daripada tujuh sepakan penalti yang diperolehi dalam semua kejohanan. 

 

Dalam satu sesi interviu, Solksjaer menyifatkan gandingan kedua-dua pemain itu ibarat menyaksikan gandingannya bersama Teddy Sheringham ketika beraksi bersama United satu ketika dahulu.

‘Kami merindui kelibat Anthony (Martial) untuk dua bulan lalu. Ianya menakjubkan untuk melihat dia kembali. Gandingannya bersama Marcus (Rashford) akan terus diperbaiki. Daniel (James) juga ada untuk membantu’, katanya lagi.

Dalam pada itu, Norwich City terus kekal di zon penyingkiran dengan kekal memungut sembilan mata.