Malaysia Berita

Final Piala Malaysia di Bukit Jalil

Telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 semalam bersama wakil pasukan Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di ibu pejabat MFL.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan mengenai aspek penjualan tiket, kedudukan tempat duduk penyokong dan perkara yang berkaitan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini (2 November) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian (CEO) Football League (MFL), Kevin Ramalingam, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Kapten Mohd Anizam Jamian, Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin, Ketua Pegawai Operasi Ticket Hotline, Datuk Zairil Ayu Ibrahim, wakil penyokong kedua-dua pasukan dan barisan ahli pegawai MFL.

Dalam pada itu, kedua-dua pasukan masing-masing akan diperuntukkan sebanyak 4,969 tiket berharga RM80, 2,622 tiket berharga RM100 dan 550 tiket berharga RM150 yang boleh dibeli secara dalam talian mulai Rabu ini. Kaunter tiket pula akan dibuka bermula hari Khamis di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.