Liga Super Malaysia

3 Pemain tumpuan EPL dalam FIFA 20

Menjelang pelancaran FIFA 20 yang dijadualkan pada 27 September 2019, pihak Liga Perdana Inggeris telah memuat naik tiga video yang menunjukkan perbandingan pemain-pemain terbaik berdasarkan kategori masing-masing melalui siaran Youtube rasmi mereka. 

Tiga kategori berbeza merangkumi penjaga gol terbaik, pemain terpantas, dan hantaran paling tepat. Setiap pemain yang dipilih adalah berdasarkan prestasi yang dipamerkan pada musim lepas. Berikut merupakan ringkasan berdasarkan kategori masing-masing:

Penjaga Gol Terbaik

Alisson Becker (Liverpool)

(Photo by Pascal Della Zuana/Icon Sport via Getty Images)

Persembahan mengagumkan daripada pemain skuad kebangsaan Brazil ini tidak dapat disangkal lagi dengan hanya dibolosi sebanyak 22 kali dalam liga. Jumlah yang paling sedikit dicatatkan berbanding pasukan lain. Alisson diberi penarafan dengan nilai 89 untuk kecekapan beliau sebaris bersama David de Gea. Namun, de Gea dibolosi sebanyak 54 kali yang mana dua kali ganda jika dibandingkan dengan Alisson.

 

Pemain Hantaran Tepat

Kevin de Bruyne (Manchester City)

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Bongarts/Getty Images)

Pemain tengah Belgium ini diletakkan di tangga pertama dengan penarafan bernilai 92 mengatasi pencabar terdekat Christian Eriksen dengan nilai 90. De Bruyne telah menghasilkan tujuh bantuan gol bagi musim ini termasuk dua ketika membantu City membenam Watford hujung minggu lalu.

 

Pemain Terpantas

Adama Traore (Wolverhampton Wanderers)

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Pemain kelahiran Sepanyol ini diberi penarafan bernilai 96 bagi kepantasan larian yang dimiliki. Secara perbandingan, beliau meninggalkan Leroy Sane, Pierre Emerick Aubameyang, dan Sadio Mane yang merupakan pencabar terdekat. Walaupun memiliki tubuh sasa, kelajuan larian pemain ini begitu luar biasa. Bekas pemain simpanan Barcelona ini juga mampu menghadirkan ancaman melalui larian merbahaya di bahagian sayap.