Futsal Berita

Malaysia tawan China

Skuad futsal kebangsaan merangkul kejuaraan pada kejohanan ‘The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament’ yang berlangsung di Chengdu, China.

Kejohanan empat penjuru ini menampilkan empat pasukan yang terdiri daripada tuan rumah, China serta tiga pasukan lain termasuk Malaysia, Mexico, dan Myanmar.

Pada perlawanan terakhir, Malaysia seri 2-2 menentang Myanmar yang menyaksikan Ridzwan Bakri dan Azwann Ismail mencatat nama sebagai penjaring. Anak buah Chiew Chun Yong mengutip lima mata dan 15 jaringan pada kejohanan ini untuk muncul juara mengatasi pasukan-pasukan lain.

Lebih manis apabila Ridzwan Bakri dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan selepas mengumpul enam jaringan daripada tiga perlawanan. 

Sebelum itu, Malaysia telah menewaskan Mexico 9-2 dan diikat tuan rumah, China 4-4 sebelum melengkapkan jadual perlawanan menentang Myanmar. 

Kejohanan yang disertai Malaysia ini adalah bertujuan sebagai persiapan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 yang akan membuka tirai pada bulan depan. Skuad futsal kebangsaan yang menghuni tangga ke-54 dunia ini dijangka akan memberi saingan sengit pada kejohanan tersebut. Ayam tambatan Malaysia, Ridzwan Bakri pastinya sudah tidak sabar untuk menggegar jaring gol setiap pasukan lawan selepas dijulang sebagai penjaring terbanyak kejohanan ‘The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament’.