Luar Negara Berita

Arda Turan dijatuhkan hukuman penjara

Bekas pemain tengah Atletico Madrid, Arda Turan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan lapan bulan kerana membawa senjata api tanpa memilik lesen yang sah  di mana beliau telah menggunakan senjata tersebut ketika berada di hospital.

Pemain antarabangsa Turki yang kini bermain untuk Istanbul Basaksehir tidak akan menjalani hukuman tersebut sehingga kes rayuan beliau didengar dan akan mendapat pergantungan hukuman selama lima tahun sepanjang tempoh rayuan.

Kejadian yang berlaku pada Oktober 2018 itu bermula apabila Turan dilaporkan bergaduh dengan penyanyi terkenal, Berkan Sahin selepas dituduh telah mengganggu isteri penyanyi tersebut.

Walau bagaimanapun, mahkamah membebaskan Turan daripada tuduhan mengganggu isteri penyanyi tersebut tetapi dihukum kerana menyebabkan kemusnahan, pergaduhan, pemilikan senjata api secara haram dan menggunakan senjata tersebut ketika di hospital ketika Sahin dirawat.

Turan dalam satu kenyataan lain menyatakan bahawa beliau menggunakan senjata tersebut tanpa niat.