Liga terbaik dunia, La Liga kembali melabuhkan tirai mereka bagi musim baharu 2019/20. Pemain bintang dari seluruh dunia dengan persembahan yang berkelas tinggi serta tiga pasukan baharu bakal memberi saingan pada musim ini.
Ia semestinya memberi perasaan teruja kepada semua peminat serta menyajikan pelbagai pengalaman yang baharu.
Untuk lebih mendalam, terdapat dua pembaharuan di La Liga musim ini. Pertama adalah lagu rasmi La Liga yang telah dibuat secara khas oleh pemenang Anugerah Ammy dan juga seorang komposer Lucas Vidal dan kedua adalah Puma sebagai penaja rasmi bola yang bakal digunakan oleh semua perlawanan La Liga.
Tiga pasukan dinaikkan pangkat.
Seperti musim-musim dahulu, La Liga bakal menerima tiga pendatang baharu bagi kempen 2019/20. Pasukan terbabit adalah CA Osasuna, Granada CF dan juga RCD Mallorca.
Osasuna kembali ke La Liga setelah memenangi La Liga Smartbank (divisyen 2) pada musim lalu. Kelab yang berdiri dengan tiang akademi menghilang daripada radar La Liga pada dua musim lalu bakal kembali memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain.
Bagi pasukan Granada CF – sebuah pasukan dengan jolokan ‘pembunuh besar – kembali ke saingan La Liga setelah hampir dua musim menghilang.
Kehadiran Granada bakal memeriahkan lagi suasana La Liga kerana peminat mereka terkenal dengan sorokan penuh setia kepada pasukan.
Bagi pasukan RCD Mallorca pula, ini merupakan debut mereka yang kelapan dalam La Liga dan dianggap sebagai pasukan elit dalam saingan liga Sepanyol.
Muka baharu
Reputasi La Liga di peringkat antarabangsa telah menjadikan liga ini antara yang terbaik di dunia dan mereka juga berjaya membawa ramai pemain-pemain bintang.
Antara muka-muka baharu yang bakal memberi saingan dalam kancah La Liga adalah bekas bintang Chelsea, Eden Hazard yang menyertai Real Madrid dan juga pemain muda Belanda, Frenkie de Jong.
Tambahan daripada itu, kelab seperti Atletico Madrid juga tidak mahu terlepas dalam menambah baik pasukan apabila mendapatkan pemain muda kelahiran Portugal, Joao Felix yang telah mencatat nama selaku pemain muda paling mahal.
Nabil Fekir yang hampir menyertai Liverpool musim lalu sebelum membuat pusingan U pada hari-hari akhir jendela perpindahan telah memilih untuk menyertai Real Betis pada kempen 2019/20.
Teknologi terkini.
La Liga tidak pernah lelah dalam memberi pengalaman baharu kepada semua peminat yang menonton di stadium mahupun di rumah.
Dengan teknologi yang semakin meningkat, La Liga telah memperkenalkan kamera dengan pandangan 360 darjah di lapan stadium terpilih.
Selain daripada itu, teknologi visual dengan kualiti 4K telah diletakkan di setiap stadium La Liga bagi memberi pengalaman baharu kepada para peminat yang berada jauh dari kota Sepanyol.
Pengenalan teknologi ini pada musim lalu telah memberi peningkatan kepada La Liga apabila mencatatkan 2.7 bilion tontonan.
La Liga turut memperkenalkan Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi membantu para pengadil perlawanan membuat keputusan pada aksi-aksi yang gagal ditangkap dengan mata kasar.