Beberapa pemain di Itali tampil ke padang dengan lencana yang berbeza di tengah-tengah baju mereka pada aksi pembukaan musim baharu Serie A.
Nicolo Zaniolo, Kalidou Koulibaly, Fabio Quagliarella dan Sergej Milinkovic-Savic adalah antara pemain yang memakai lencana berbeza di baju mereka.
Lencana baharu ini diberikan kepada pemenang anugerah Serie A iaitu penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan penyerang terbaik.
Anugerah ini turut diberikan kepada pemain terbaik dan pemain muda terbaik musim lalu.
Kalidou Koulibaly wore a small gold badge on his Napoli kit this weekend after being named the best Serie A defender last season. 🇮🇹🥇 pic.twitter.com/QToACNbsXS
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) August 26, 2019
Zaniolo telah dinamakan pemain muda terbaik musim lalu manakala Koulibaly, Milinkovic-Savic, Quagliarella masing-masing memenangi anugerah pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang terbaik musim lalu.
Cristiano Ronaldo, yang dinamakan pemain terbaik musim lalu merupakan satu-satunya pemenang yang tidak memakai lencana tersebut pada perlawanan pembukaan musim ini apabila Serie A membiarkan pemain untuk memutuskan sama ada mereka mahu memakainya atau tidak.
Pemberian lencana ini merupakan satu misi Serie A dalam menghargai pemain-pemain yang berjaya menunjukkan persembahan yang baik sepanjang musim lalu.