Luar Negara Berita

Lambang kemegahan Johan Cruyff

Barcelona telah merasmikan patung lagenda kelab, Johan Cruyff yang berdiri di perkarangan luar Camp Nou.

Pemain Belanda itu merupa ikon ketika beliau menyarung topi pemain dan seorang pencetus inovasi ketika menyarung baju pengurus.

Bermain di bahagian tengah, Cruyff berjaya membolot tiga Ballon d’or semasa kariernya di Barcelona dan menghabiskan lima musim bersama La Blaugrana sebelum menikmati 11 tahun yang panjang dan di Ajax Amsterdam.

Selepas bersara sebagai pemain bola sepak dengan rekod 514 perlawanan dan 290 gol untuk tujuh kelab berbeza, Cruyff kembali dengan menyarung baju pengurus.

Beliau yang bermain untuk Belanda daripada tahun 1966 sehingga 1977 kembali mengurus Barcelona dan de Godenzonen, memenangi Piala Eropah 1992.

Bercakap tentang patung itu, anaknya Jordi berkata (seperti yang dipetik oleh akaun Twitter rasmi Barcelona) ; “[Ia] membawa keseronokan dan kebanggaan kepada seluruh keluarga. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menjadikannya realiti.

“Ia berada di tempat yang sangat istimewa untuk [bapa saya], di mana dia menghabiskan banyak masa sebagai pemain dan pengurus.”

Cruyff juga telah menjadi lambang kepada ‘total football’ yang dipraktikan oleh Pep Guardiola – salah satu taktikal yang mementing disiplin yang tinggi.

Ia merupakan satu kaedah yang membawa kejayaan besar kepada Ajax pada tahun 1970-an, namun ia merupakan salah satu daripada pelbagai cara yang dipraktikan di dalam permainannya dan membantu membentuk masa depan.