Futsal Berita

Pahang lebur rekod Selangor

Selangor akhirnya akur dengan kekalahan ke atas Pahang pada aksi pertemuan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) yang berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, semalam.

Kekalahan 4-2 di laman lawan merencatkan perjalanan Selangor yang sebelum ini turun untuk meneruskan misi kemenangan.

Pahang membuka tirai jaringan melalui Firdaus Ambiah seawal minit pertama sebelum beliau menjaringkan gol kedua selang dua minit selepas itu menerusi rembatan luar kotak yang menewaskan penjaga gol Selangor, Azrul Hadee Mohd Taufiq.

Dua lagi gol Pahang dihasilkan oleh Norkhairi Rahan dan Mohd Azwann.

Kekalahan ini masih meletakkan skuad Selangor di tangga teratas liga, namun Pahang yang hanya sekarang dibezakan satu mata dengan Selangor mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan ianya dilihat sebagai peluang cerah untuk mendahului liga.