Luar Negara Berita

Lukaku : Manchester United fikir kita bodoh

“Mereka anggap kita bodoh, tetapi kita tahu siapa yang membocorkan [berita perpindahan]”

Romelu Lukaku tanpa berselindung mengkritik cara Manchester United melayan para pemain.

Lukaku telah melengkapkan perpindahan keluar daripada United setelah Inter Milan bersetuju untuk membawa masuk pemain tersebut dengan harga £ 73 juta.

Penyerang kelahiran Belgium dilaporkan tidak mendapat tempat di dalam senarai kesebelasan utama Ole Gunnar Solskjaer selepas pengendali daripada Norway lebih suka menggunakan Rashford dan juga Martial.

Lukaku tak dilindungi

Bercakap pada satu temubual di LightHarted Podcast, penyerang berusia 26 tahun berkata ; “Banyak perkara telah dikatakan [oleh media] dan saya tidak merasa dilindungi.

“Saya rasa seperti banyak khabar angin, ‘Rom pergi ke sana’, ‘mereka tidak mahu Rom’, dan tiada siapa [dari United] yang keluar untuk menafikan kenyataan terbabit.

“Ia adalah untuk tiga, empat minggu, saya menunggu seseorang [dari United] untuk keluar dan menafikan.

“Saya ada lakukan perbualan dengan mereka, memberitahu mereka lebih baik untuk keluar secara berasingan. Jika anda [Man Utd] tidak mahu melindungi seseorang, semua khabar angin ini akan keluar.

“Saya hanya mahu mereka [Man Utd] mengatakan ‘Rom akan berjuang untuk tempatnya’ tetapi ia tidak pernah berlaku selama empat, lima bulan.

“Semuanya adalah – dia mesti pergi, dia tidak patut berada di sana.” Katanya.

Lukaku meninggalkan United dengan menjaringkan 42 gol dalam 96 perlawanan.

“Sekiranya anda gembira, anda akan mencari jalan, tidak kira jika anda berada di bangku simpanan atau kesebelasan utama.”