Luar Negara Berita

Real Madrid akhirnya memintas Barcelona selepas 818 hari

Real Madrid memulakan musim mereka dengan kemenangan selepas menewaskan Celta Vigo 3-1 di Balaidos, sekali gus meredakan kerisauan para penyokong.

Kemenangan ini juga memberi peluang kepada Real Madrid memintas Barcelona buat pertama kali dalam saingan La Liga selepas 818 hari.

Kali terakhir Los Blancos berada di atas juara musim lalu, Barca adalah pada musim 2016/17.

Sejak itu, pasukan itu hanya menyamai kedudukan Barcelona dalam saingan La Liga tetapi tidak pernah berada di hadapan Catalan.

Pada musim lepas, mereka ketinggalan 19 mata di belakang Catalan.