Piala Malaysia Berita

Perak kena tahan dengan Pulau Pinang

Perak gagal bangkit dari kekalahan minggu lalu apabila sekadar mengutip satu mata pada perlawanan menentang Pulau Pinang.

Dalam aksi Kumpulan C, saingan Piala Malaysia 2019, skuad Mehmet Durakovic turun dengan misi mengutip tiga mata penuh selepas tewas dengan Pahang minggu lalu.

Juara bertahan Perak dinafikan kemenangan apabila Pulau Pinang menjaringkan gol menerusi Anselmo Casagrande selepas Ronaldo Henrique Silva memberi Perak jaringan pendahuluan.

Keputusan seri ini meletakkan Perak dalam misi sukar untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.