Piala Malaysia Berita

TFC kutip tiga mata penuh

Kipre Tchetche telah menjadi pencetus kepada kemenangan Terenggang FC (TFC) selepas berjaya meledak tiga gol pada aksi bertemu Negeri Sembilan di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan 3-1 ke atas skuad Hobin Jang Hobin meletakkan TFC kekal sebagai peneraju Kumpulan A selepas Kedah terikat seri dengan PKNS.

Penyerang kelahiran Ivory Coast meletakkan TFC di hadapan pada minit ke-42 sebelum menyumbang dua lagi gol pada separuh masa kedua perlawanan.

Kemenangan ini pasti memberi motivasi tambahan kepada skuad Penyu selepas bersedih dengan pemergian penjaga gol utamanya, Mohd Suffian Abd Rahman akibat serangan jantung petang semalam.