Malaysia Berita

Suffian Rahman (1978 – 2019) dalam kenangan

Penjaga gol pasukan Terengganu FC (TFC), Suffian Rahman, 41 tahun telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan dari laman Instagram peminat Terengganu FC, ia menyebut “Kami telah dimaklumkan bahawa penjaga gol Terengganu Football Club, Suffian Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.”

Manakala salah seorang sumber terdekat kami juga melaporkan bahawa penjaga gol berusia 41 tahun telah pulang kembali mengadap Yang Maha Esa.

Pihak kami masih cuba untuk mendapat laporan penuh dari media rasmi Terengganu FC tetapi masih gagal untuk dihubungi.

Suffian Abdul Rahman telah membuat 51 penampilan bersama TFC sejak menyertai skuad Pantai Timur pada 2017.

Beliau sebelum ini pernah menyertai Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan beberapa lagi pasukan.

Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.