Luar Negara Berita

Akibat kecederaan panjang, pemain muda Wales ambil nyawa sendiri

Pemain bola sepak berusia 20 tahun yang pernah menjalani ujian dengan Manchester United telah dilaporkan membunuh diri selepas masalah kecederaan belakang yang berterusan.

Joel Darlington, yang digambarkan sebagai “bakat yang luar biasa”, bermain untuk Wales pada peringkat remaja dan Shrewsbury Town sebelum beralih ke kelab Liga Perdana Welsh, Bala Town, di mana dia adalah penjaring terbanyak akademi pada musim 2016/17.

Beliau sebelum ini mengalami kecederaan di bahagian lengan dan pada 2017 dia sekali lagi mengalami kecederaan dibahagian belakang yang memaksa untuk beliau berehat panjang.

Kecederaan belakang tersebut tidak dapat dirawat dan menurut The Daily Post, kecederaan tersebut telah membunuh harapan pemain muda ini untuk beraksi pada peringkat tertinggi bola sepak dan dia akhirnya memilih untuk mengambil nyawanya sendiri.