
Selangor berjaya menewaskan Perak,3-2 pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) di Stadium Indera Mulia, semalam.
Perak turun dengan misi mencari kemenangan selepas kalah pada aksi minggu lalu terpaksa akur dengan kehebatan lawan yang masih kental dengan rekod tanpa kalah.
Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan pantas dengan beberapa cubaan yang hampir disudahkan.
Selangor mendapat gol pertama melalui Hafiz Ramle, sebelum Muzhaffar Tahar menambah derita tuan rumah dengan gol kedua dan jaringan di akhir minit oleh Syed Aizad Daniel memberi kemenangan selesa buat Selangor.
Selangor kekal sebagai pendahulu liga dengan 23 mata diikuti Pahang dengan 19 mata.