Kolum

EPL 2019/20 : Ramalan enam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris

Masanya telah tiba, musim baharu Liga Perdana Inggeris 2019/20 bakal dibuka Sabtu ini dengan menyaksikan beberapa pertemuan menarik akan berlaku.

Ini juga adalah masa yang sesuai untuk membuat ramalan pasukan manakah yang bakal menamatkan musim ini di kedudukan enam teratas.

Jadi, siapakah pasukan yang bakal memenangi Liga Perdana musim hadapan dan pasukan mana yang bakal merebut tempat di Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

1. Manchester City.

Juara bertahan dua kali ini telah mencipta rekod untuk mata paling banyak (100) dan kedua terbanyak (98) sepanjang dua musim yang lalu. Liverpool pernah mencuba nasib untuk mencabar City, tetapi masih gagal biarpun hanya dibezakan satu mata dengan City pada musim lalu.

Musim panas ini, City telah menambah ramuan bahagian tengah mereka dengan kehadiran Rodri dan terbaru mereka baru sahaja mendapatkan Joao Cancelo dari Juventus dalam perjanjian pertukaran melibatkan Danilo. Apa yang masih menjadi tanda tanya adalah bagaimana City bakal hidup tanpa pengganti Vincet Kompany? Tetapi City mempunyai barisan pertahanan yang baik dengan John Stone, Nicolás Otamendi dan Aymeric Laporte bersedia untuk diturunkan.

Ramalan kami merasakan Manchester City bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga.

2. Liverpool

Biarpun gagal menamatkan kejuaraan liga di tempat teratas selepas dibezakan hanya satu mata dengan Manchester City. Pasukan kendalian Jurgen Klopp telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing di Eropah. Tetapi semestinya fokus mereka bakal terarah kepada Liga Perdana selepas gagal memenangi piala keramat ini sejak dari tahun 1990.

Dengan Piala Eropah kembali ke Anfield, tumpuan utama pasukan Jurgen Klopp sudah semestinya mahu memenangi Liga Perdana dan Liverpool adalah satu-satunya kelab yang mampu untuk mengatasi Manchester City.

3. Tottenham

Pasukan kendalian Mauricio Pochettino menghadapi banyak halangan musim lalu. Pertama, mereka menghabiskan pra-musim dalam masa yang singkat disebabkan jadual Piala Dunia yang padat. Kedua, mereka sepatutnya berpindah ke stadium baharu lebih awal lagi, tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa isu sehinggalah April. Biarpun dengan beberapa isu, mereka berjaya menghabiskan musim lalu ditangga keempat dan naib juara Liga Juara-Juara selepas tewas di tangan Liverpool pada aksi akhir di Madrid.

Pada musim ini, Tottenham memulakan pra musim dengan baik dan tidak diganggu dengan masalah-masalah kecil. Biarpun Pachettino sudah menyatakan bahawa penyokong tidak boleh berharap lebih, tetapi dengan kehadiran pemain seperti Tanguy Ndombele yang memecah rekod perpindahan kelab, penyokong berhak untuk mengharapkan sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini.

Spurs juga turut mempunyai beberapa pemain berpengalaman seperti Harry Kane, Dele Alli atau Son, di tambah pula dengan kehadiran beberapa pemain muda yang bersedia untuk mengetuk pintu pasukan utama. Biarpun Spurs tidak dilihat seperti City atau Liverpool, tetapi kemampuan mereka untuk kekal konsisten mampu memberi mereka peluang untuk tamat di dalam kedudukan tiga terbaik.

4. Arsenal

Pada permulaan musim lalu, Arsenal dilihat sebagai sebuah pasukan yang mampu untuk mengisi pasukan empat terbaik Liga Perdana. Dikira sebagai salah sebuat pasukan hebat dengan kehadiran jurulatih baharu, Unai Emery ketika itu. Tetapi selepas datangnya April, Arsenal tewas tiga perlawanan liga dan harapan mereka untuk berada di kedudukan empat terbaik punah. Mereka juga tewas di tangan Chelsea pada aksi akhir Liga Europa.

Musim ini menyaksikan Arsenal bersedia untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain. Kehadiran Dani Cabellos dan Nicolas Pepe memperkuatkan bahagian tengah The Gunners. Apa yang menjadi masalah buat skuad Unai Emery adalah bahagian pertahanan yang memerlukan perhatian lebih selepas Laurent Koscielny mengucapkan selamat tinggal buat The Gunners.

Sekiranya skuad Unai Emery konsisten dan tidak mengulang episod sama pada musim lalu, mereka mampu untuk kembali bersaing.

5. Manchester United

Manchester United jelas kucar kacir pada musim lalu. Jose Mourinho dipecat pada December lalu selepas hanya mengutip 19 mata dari 17 perlawanan. Ole Gunnar Solskjaer masuk sebagai pengurus sementara sebelum menandatangi kontrak secara tetap. Kehadiran beliau hampir membawa United ke kedudukan empat terbaik liga tetapi persembahan yang kurang konsisten telah menyaksikan mereka menamatkan liga di kedudukan ke enam.

Untuk musim ini, United dilihat bersungguh untuk memperbaiki kedudukan mereka dan kembali bersaing untuk kejuaraan liga. Dengan kehadiran pemain tengah Daniel James, pertahanan kanan Aaoran Wan Bissaka dan terbaru, pertahanan termahal dunia Harry Maguire.

Walau bagaimanapun, risiko untuk kehilangan pemain-pemain penting seperti Paul Pogba bakal merencatkan misi Solksjaer untuk membawa United kembali bersaing.

Jika semuanya berjalan dengan betul dan Solskjaer telah membuktikan bahawa beliau adalah pengurus yang tepat, United mungkin mampu untuk kembali ke kedudukan empat terbaik liga. Tetapi buat masa sekarang, kami meramalkan United akan menamatkan musim baru ini ditangga ke lima.

6. Chelsea

Chelsea hanya sempat menggunakan khidmat Maurizio Sarri selama satu musim. Pengurus Itali bertanggungjawab memimpin Blues ke tempat ketiga Liga Perdana dan gelaran Liga Europa sebelum memilih untuk berpindah ke Juventus. Penyokong Chelsea menerima berita itu dengan baik dan Sarri diganti dengan lagenda kelab, Frank Lampard yang berjaya membawa Derby ke pentas akhir Kejuaraan musim lalu.

Kemampuan Lampard untuk membawa Chelsea bersaing bersama-sama dengan pasukan lain masih menjadi tanda tanya. Ditambah pula dengan sekatan perpindahan yang dijatuhkan ke atas mereka musim ini telah menyekat Lampard daripada melakukan apa-apa perpindahan masuk bagi memperkuatkan pasukan. Tetapi kehadiran Christian Pulisic pada Januari lalu melegakan Chelsea selepas Hazard memilih untuk menyertai Real Madrid.

Kedudukan keenam buat Chelsea pada musim hadapan.